Friday, 2 December 2011

Aktifkan dirimu...=)

Assalamu a'laikum,

Alhamdulillah,bersyukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan.Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga Baginda,para sahabat sekalian.

Agak lama juga saya tinggalkan blog ini bersawang.Hampir setahun lamanya.Kadang kala terasa macam rugi sia-sia saja,ada blog tapi tak 'update'.Ada beberapa masalah yang menyebabkan saya kurang 'update' blog ini.Salah satunya,rumah saya sudah tiada internet.Ini pun menumpang di rumah kawan.Huhuhu...=)

Insya'ALLAH selepas ini saya akan cuba kembali untuk menaktifkan diri dalam 'blogging'.Nak juga asah bakat dalam bidang penulisan.Bila fikir²kan,memang banyak kebaikan jika kita tahu menguruskan blog.Semoga saya diberikan masa dan kelapangan untuk 'update'blog ini.Ilal liqa' ma'as salamah....,

Wednesday, 26 January 2011

Hebatnya Tarikan Wanita

  1. Ayahnya : Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia,dia tidak memberikan pendidikan agam ayang secukupunya sebagai contoh mengajar solat,tentang Al-Quran,tatacara hidup muslimah yang sebenarnya dan sebagainya.Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup hanya sekadar memberikan kemewahan hidup sahaja,maka dia akan di tarik masuk ke neraka oleh anaknya.
  2. Suaminya : apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk dan akhlak si isteri. Membiarkan isterinya bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya,dalam pada masa yang sama suaminya itu seorang yang taat dalam ibadah,kuat mengamalkan perintah agama tetapi berdiam diri dengan kelakuan isterinya itu,maka dia turut akan di tarik masuk ke neraka.
  3. Abangnya : Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.Jika dia hanya mementingkan keluarganya tanpa mempedulikan perihal kakak atau adik perempuannya itu dan dibiarkan tersasar dari ajaran Islam, tunggulah tarikan dari saudara perempuannyya itu.
  4. Anak lelakinya : Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dalam Islam,bila si ibu membuat kemungkaran,mengumpat,mengata dan sebagainya maka anak itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Juga nantikan tarikan dari ibunya ke neraka.
Sekarang,kita lihat begitu hebatnya tarikan seorang wanita.Tidak hanya di dunia,di akhirat pun turut mempunyai tarikan yang dahsyat.Maka dengan itu,berhati-hatilah wahai kaum adam yang bergelar ayah,suami,abang dan anak lelaki.Laksanakanlah tanggungjawab kita dan memainkan peranan sepatutnya.Agar kita tidak menjadi mangsa tarikan wanita di akhirat kelak. Na'uzubillahi min zalik.

Oh!!! Lamanya

assalamualaikum..,

Berlalunya tahun 2010,tahun 2011 pula membuka tirai.Sudah lama rasanya tidak mencoret nukilan di lama maya ini.Dengan kesibukan pelbagai,serta kekeringan idea penyebab blog tidak bermaya.Walaupun begitu,dengan semangat azam tahun baru,aku akan cuba untuk menulis seberapa artikel untuk perkongsian bersama.Insya'ALLAH,akanku terus berusaha melatih diri dalam arena penulisan.Huhu...=)

Sunday, 13 June 2010

Bulan Rejab Kembali

Alhamdulillah,segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala limpah kurnia serta 'Inayah-Nya kita masih lagi menghirup udara Allah Ta'ala ini.Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya,para sahabat dan para tabi'in yang berjuang bersama Baginda S.A.W.

Berlalunya waktu masa kini begitu pantas meninggalkan kita.Setahun yang dirasakan bagaikan sebulan,sebulan pula dirasakan bagaikan sehari.Begitulah perumpamaan waktu yang kita ada pada hari ini.Adakala kita alpa dan leka dalam mengejar dunia menyebabkan kita lupa akan pengakhiran matlamat hidup ini.Kini,kita telah pun sampai ke satu bulan yang penuh dengan kerahmatan.Bulan yang diklasifikasikan sebagai Bulan Allah.Bulan itulah yang dinamakan sebagai Rejab.Apa yang dimaksudkan Rejab ialah kebesaran,keagungan dan kemuliaan.Ada pun setiap huruf pada perkataan Rejab ini membawa maksud yang tersendiri.Huruf ( Ra' ) adalah rahmat belas kasihan Allah atas umat Nabi Muhammad S.A.W.Manakala huruf ( Jim ) adalah 'Jud '.Ia bermakna sifat pemurah Allah dalam mengurniakan pahala solat lima waktu seakan solat lima puluh waktu.Huruf yang akhir sekali ialah ( Ba ) bermakna ' Birrun '.Ia jelas membawa maksud segala kebaikan yang dilakukan pada bulan yang mulia ini akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah S.W.T.

Pada bulan ini juga,kita selaku umat Islam amatlah digalakkan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunat disamping tidak mengabaikan tuntutan yang wajib.Ini kerana perlbagai kelebihan dan fadhilat yang terkandung dalam bulan yang mulia ini.Antaranya pada malam Rejab ini adalah antara malam yang Allah Ta'ala maqbulkan doa bagi mereka yang menghidupkan pada malam tersebut.Selain itu juga,bagi mereka yang menghidupkan malam ini,nescaya hatinya tidak mati sedang mana hati orang lain mati.Disamping itu juga,bagi mereka yang memuliakan bulan Rejab ini,akan dimuliakan oleh Allah S.W.T di hari akhirat kelak.Namun kini,manusia lebih cenderung untuk mencari kemuliaan pada pandangan manusia berbangding kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Seperti mana yang kita sedia maklum akan mafhum hadith Nabi Muhammad S.A.W ' Bulan Rejab adalah bulan Allah,Bulan Sya'ban adalah bulan Baginda S.A.W,manakala Bulan Ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad S.A.W '.Jika dihayati akan mafhum hadith ini,sudah tentu kita tahu akan kelebihan jika beramal pada bulan ini.Ianya sudah dan nyata,bulan yang dikategorikan sebagai Bulan Allah,sudah tentu banyak kelebihan dan fadhilat yang terkandung padanya.

Selain itu,kita digalakkan untuk melaksanakan amalan sunat seperti puasa.Allah S.W.T telah menjanjikan barang siapa yang berpuasa sehari,perumpamaan seperti mengerjakan ibadah haji seumur bagi mereka yang melakukannya juga akan memperoleh keredhaan Allah S.W.T.Jika berpuasa dua hari dalam bulan ini,Allah Ta'ala mengurniakan kemuliaan disisi-Nya bagi mereka yang mengerjakan.Makala berpuasa tiga hari darinya,akan diselamatkan dari ancaman bahaya di dunia mahupun akhirat.Juga akan terlindung dari penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal. Manakala jika kita berpuasa selama tujuh hari dari bulan ini,akan ditutup pintu neraka.Akan dibuka lapan pintu syurga bagi mereka yang berpuasa lapan hari dari Rejab ini.Subhanallah Maha Suci Allah,begitu luas rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya.

Kita juga amat digalakkan untuk mempermudahkan urusan saudara kita yang lain.Kerana Allah Ta'ala memberikan ganjaran mahligai istana yang besar di syurga adalah sebagai balasan atas sebab mempermudahakan urusan serta melapangkan seorang mukmin dari kesusahan.Selain itu, amalan sedekah amat digalakkan.Bagi sesiapa bersedekah dengan penuh keikhlasana,akan ditulis baginya setiap helaian bulu romanya dengan seribu kebajikan,dan di angkat seribu darjat serta dihapuskan seribu kejahatan.Masya' Allah sungguh luas rahmat Allah di muka bumi ini.

Di dalam Bulan Rejab ini juga,terdapat beberapa peristiwa yang menjadi lipatan sejara Islam itu sendiri.Peristiwa Isra' Wal Mi'raj berlaku pada bulan ini.Ulama' berselisih pendapat pada menyatakan tarikh yang tepat berlakunya peristiwa ini.Ada yang mengatakan berlaku pada 26 Rejab,ada pula mengatakan 27 Rejab.Walau demikian,ianyya tidak menjadi perkara yang harus di pertikan.Kerana perselisihan pendapat antara ulama' adalah rahmat.Dalam peristiwa ini,satu kewajipan telah diperintahkan oleh Allah terus kepada Nabi Muhammad S.A.W.Perintah solat lima waktu telah difardhukan ketika peristiwa ini.Antara peristiwa yang lain,telah berlakunya satu peperangan antara umat Islam dan kaum musyrikin.Peperangan ini dinamakan ' Peperangan Tabuk ' atau dikenali sebagai ' Ghazwatul Asrah '.Ianya berlaku pada tahun kesembilan hijrah bersamaan 631 masihi.Peperangan ini juga merupakan peperangan yang terakhir yang di saksikan oleh Baginda Muhammad S.A.W.

Marilah kita sama-sama menghayati Bulan Rejab ini dengan melaksanakan amalan-amalan sunat yang di anjurkan.Seperti melazimi lidah dengan zikir dan istighfar.Mendirikan malam dengan melakukan sola-solat sunat.Di sampin itu juga,kita tidak lupa akan tuntutan yang wajib kita laksanakan.Ayuh kita meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita.Moga dengan apa yang kita lakukan itu,akan menjadi saksi tatkala berada di Padang Mahsyar.Juga mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.Wallahu A'lam.

Sumber : Kitab Panduan Lengkap Kehidupan Muslim


Friday, 15 January 2010

Selamat Menghadapi Imtihan


Assalamualaikum diucapkan kepada semua sahabat di Mesir khasnya dan di mana jua anda berada. Bagi sahata-sahabat yang menuntut di Universiti Al-Azhar,diam tak diam kita bakal menghadapi peperiksaan bagi fasa awal sesi pengajian 2009/2010.Selamat maju jaya untuk semua.Jadikan peperiksaan sebagai jambatan untuk kita mencapai.Usah sematkan niat belajar kerana sijil semata-mata.Akan tetapi anggaplah sijil itu sebagai wasilah bagi kita dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah.Agar dapat kita meneruskan kesinambungan 'Ulama warathatul Anbiya'.

D - Doalah kerana ianya merupakan senjata orang beriman
U - Usahalah dalam misi mencapai kejayaan
I - Istiqamah dalam melakukan sesuatu
T - Tawakal setelah selesai menghadapi sesuatu.Kerana tawakal itu tanda perngharapan kita pada ALLAH S.W.T

Salam Maju Jaya buat semua ... ('',)



Thursday, 7 January 2010

Suatu Pengalaman

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa,yang berkuasa atas setiap sesuatu, pencipta segala makhluq yang ada di langit mahupun di bumi.Selawa serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penghulu dan penutup segala nabi jua rasul,juga buat ahli keluarga baginda serta para sahabat R.Anhum.

Pada musim panas yang lalu,saya berpeluang untuk pulang ke Malaysia setelah hampir dua tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarga.Perasaan yang sukar untuk digambarkan tatkala mendapat keizinan untuk pulang bercuti sepanjang musim panas.Bermulanya dengan membuat persediaan pula,hinggalah tiba pada hari keberangkatan.Suasana ceria dan riang gembira terpancar di setiap wajah.Bersama rakan seramai sebelas orang,kami menaiki pesawat yang sama.Walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak di ingini,akan tetapi ianya tidak mematahkan semangat untuk pulang.

Setelah sampai di KLIA,saya dijemput oleh ayahanda tercinta.Bersalaman serta berpelukan hingga menitiskan air mata kegembiraan.Saya meminta diri awal dari rakan-rakan saya ingin mendaftar masuk bagi penerbangan dalam negeri.Kerana bimbang akan terlepas penerbangan. Setibanya di rumah,saya disambut oleh ahli keluarga tercinta.Begitu teruja rasanya ketika itu.

Seminggu berlalu,saya telah berehat puas saya memohon kerja di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.Alhamdulillah,rezeki dari Allah.Saya diterima sebagai KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) untuk mengajar di Sekolah Rendah Taman Sutera bagi menggantikan guru yang dihantar ke kursus.Pada hari pertama,saya rasa cukup bersemangat dan teruja.Masakan tidak,sebelum ini saya tidak pernah mengajar di mana - mana tempat sekalipun.Inilah pengalaman mengajar pertama saya.Pada awalnya,saya agak kekok dalam menyesuaiakan.Namun itu adalah perkara normal saya jangkakan.Dengan bantun guru - guru di situ,saya berusaha mengatasinya.Mengajar merupakan suatu pekerjaan yang mengasyikkan. Dapat mengimbas kembali zaman kenakalan sebagai pelajar ketika di sekolah dahulu.Namun saya hanya berpeluang untuk mengajar selama sebulan sahaja.Akan tetapi,pengalaman sesingkat amat bermakna buat diri saya.

Setelah itu,saya hanya berehat di rumah.Bulan Ramadhan pula semakin hampir.Saya masih lagi tiada program dalam seharian.Sehingga saya ditawarkan untuk menjadi imam solat tarawih. Seakan tidak percaya akan tawaran ini.Setelah berfikir,saya membuat keputusan untuk menerimanya.Saya diminta untuk bertugas menjadi imam di Masjid Al-Jawahir,Taman Mutiara Rini.Saya mula bertugas pada malam kedua.Perasaan ketika amat mendebarkan.Masakan tidak,sebelum ini saya tidak pernah menjadi imam di masjid besar.Ketika itu,cukup membuatkan badan saya menggeletar.Namun,setelah beberapa hari saya kembali yakin dalam melaksanakan tugas ini.Alhamdulillah.

Fajar syawal menjelma.Takbir raya berkumandang di pelosok kampung saya. Hati sayu bercampur gembira.Setelah dua kali tidak menyambutnya bersama ahli keluarga,kali ini saya berpeluang meraikannya bersama keluarga tercinta.Saya amat merindukan makanan tradisi orang bugis iaitu burasak.Proses membuatnya agak lama.Bermula dengan mencari daun serta pucuk pisang,sehingga ke peringkat terakhir iaitu merebusnya.Namun segalanya menjadi mudah bila dilakukan bersama.Pada malam raya lagi,saya telah makan sepuasnya.Ianya adalah makanan kesukaan saya di hari raya.Setelah bersalaman memohon kemaafan,kami semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri.Saya telah diminta untuk membaca khutbah serta mengimamkan solat sunat tersebut.Pada peringkat awalnya saya menolak dengan alasan tidak bersedia,tetapi setelah diminta beberapa kali saya akur dengan permintaan itu.Bermula dengan imam solat sunat diikuti pula dengan membaca khutbah.Saya amat bersyukur dengan peluang ini.Ianya membantu saya dalam meyakinkan diri ini untuk bercakapi hapan orang.

Seminggu berlalu setelah puas berhari raya di kampung,saya pulang ke Johor Bahru.Pada minggu kedua Bulan Syawal,saya telah bertugas sebagai guru tuisyen di tempat saya.Tugas ini merupakan cabaran baru bagi saya.Saya hanya mengajar dua kali dalam seminggu.saya diminta untuk mengajar serta membimbing dalam subjek Bahas Arab.Pening juga pada mulanya.Pelajar tuisyen itu terdiri dari murid darjah satu , dua , tiga dan empat dari Sekola Rendah Islam Hidayah.Pelbagai ragam dan karenah yang ada.Bila bercakap dengan darjah empat , darjah dua pula yang bising.Namun,bagi saya ianya adalah satu pengalaman yang cukup berharga serta proses mendewasakan diri.

Setelah hampir lima bulan bercuti,tarikh berangkat pulang semakin tiba.Saya mula membuat persiapan untuk pulang.Membeli barang keperluang yang ingin dibawa ke sana.Saya serta rakan telah memilih untuk pulang pada sehari selepas Hari Raya Aidil Adha.Pada hari raya itu, sekali lagi saya diminta untuk mengimamkan solat sunat Aidil Adha.Namun kali ini saya terus menerima tanpa berfikir panjang.Tibalah tarikh kepulangan,saya bertolak awal ke Kuala Lumpur.Dengan perjalanan yang memakan masa hampir empat jam,saya tiba di rumah pakcik yang tinggal di sana.

Kini,setelah hampir sebulan sampai ke Mesir,saya kembali pada kehidupan sebagai seorang mahasiswa.Saya juga telah kembali pada suatu kehidupan yang penuh mencabar.Walaupun begitu,terdapat rahmat dan berkat di bumi Mesir ini.Msir yang di dalamnya terdapat satu institusi terulung di dunia,iaitu Universiti Al-Azhar.Kerana itu saya ke sini.

Tambahan : Terima kasih di ucapkan kepada organisasi yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada saya dalam melaksanakan tugas tertentu.Terima kasih kepada :

  • Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Taman Sutera
  • Masjid Al-Jawahir,Taman Mutiara Rini
  • Surau Mutiara Iman,Taman Mutiara Rini
  • Surau Jawharul Muttaqin,Taman Mutiara Rini
  • Encik Mahadhir,Ali & Co
  • Encik Daud Mohammad


Saturday, 14 November 2009

14 November 1988 -14 Novermber 2009

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah atas segala nikmat Iman dan Islam serta kesihatan yang tidak terhingga.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala Nabi dan Rasul serta ahli keluarga Baginda,sahabat-sahabat dan para pengikut Radiallahu 'Alaihim 'Ajmain.Alhamdulillah,pada hari ini,genaplah umurku 21 tahun.Ternyata ianya suatu jangka masa yang panjang.Pelbagai ranjau duri telah aku lalui.Pahit,manis semuanya bercampur baur.Tapi, alhamdulillah semuanya berjaya dilalui.Perjalanan dalam hidup ini masih jauh.Cita-cita perlu dicapai kerana ianya salah satu matlamat dalam hidup.Ku harapkan doa tulus dari kalian agar mendoakan diri ini berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Terima kasih kepada yang memberikan ucapan ulang tahun.Juga tidak lupa kepada ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan dan semangat bagi aku terus cekal menghadapi hidup.Terima kasih atas segalanya....=)